Kabut sengsara ini
Rupanya terlihat satu sinar yang aku tidak mengerti
Walau hakikatnya kita tak punya sesiapa
Dan kita sendiri tahu
Kita tiada kaitan dengan sesiapa
Dalam ikatan mahupun perasaan
Tapi dalam kabut sengsara ini
Rupanya ada teman yang sentiasa ada
Yang tetap mahu bersama dalam suka dan duka
Yang mahu menangis dan ketawa
Tetap berpegang tangan kala sendirian
Berteman walau kegelapan
Dan dalam kabut sengsara ini
Aku mengerti ikatan insani
Walau tak pernah ketemu
Tanpa rupa dan suara kita tetap mesra
Sedang bicara hanya dengan aksara
Ketawa dengan tulisan tinta
Beremosi dari bait-bait bahasa
Tetap tinggalan kesan dihati
Segalanya penuh misteri
Dan dalam kabut sengsara ini
Aku tangisi diri sendiri
Masih aku disayangi tanpa disedari
Tanpa kata-kata dan bicara mesra
Tanpa kenal usul tunjang bangsa
Tanpa apa-apa kau bawa aku ke sisi
Sebagai teman sejati
Yang lebih mengerti hati ini
Izinkan aku pergi seketika ini
Membasuh segala kabut sengsara
Agar kembali segar dan tegar
Meranjau laluan bertinta tanpa dusta
Demimu sahabat sejati
Akan aku kembali nanti
Dan tidak akan ku mungkiri janji
Walaupun segala kemungkinan
Bakal terjadi
Tuesday, 4 December 2007
a
Posted by
anggoro kasih
at
08:38
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment